SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Sila masukkan kata kunci sesuatu perkataan atau penyakit di sini
Silahkan ketik nama penyakit atau perkataaan seumpamanya di sini
Google
 

Sabtu, 2007 Jun 30

Ringkasan Formula NW 20

Formula NW 20 sebagai ikhtiar untuk mempertenagakan Tulang dan Saraf bagi merawat simptom yang berkaitan seperti sakit lutut, sakit sendi, patah, tulang terkehel, gaut, pirai, sakit mencucuk tulang tumit, leukemia, meningitis (serangan kuman di selaput otak) melalui air tulang belakang dan sebagainya.

Berikut ialah ringkasan keterangan mengenai Formula NW 20;
FORMULANW 20
NAMA FORMULASTRUCTURE RED
WARNAMERAH HATI (menghampiri infra merah)
FREQUENCY780 nanometer
WAKTURESONAN30 minit selepas syuruk dan 30 minit sebelum Maghrib
(7.00 pagi hingga 7.30 pagi)
(7.00 petang hingga 7.30 petang)
PSIKOLOGI KETIKA SIHATMatang.
PSIKOLOGI KETIKA SAKITMelengah, ego.
KAWASAN
  1. Tulang
  2. Saraf
KAITAN/ TANDA / SIMPTOM
  • Kesakitan fizikal.
  • Radang sendi.
  • Sakit tulang belakang yang meningkat.
  • Masalah reput tulang / osteoporosis.
  • Tulang patah.
  • Tulang terkeluar / terkehel.
  • Ligaman otot cedera.
  • Gaut / pirai / kejang / sakit mencucuk tulang tumit.
  • Penahan sakit.
  • Meningkatkan tahap kalsium (tahap estrogen).
  • Leukemia.
  • Meningitis (serangan kuman di selaput otak).
KETERANGAN FORMULA
  • Rawatan kecemasan untuk tulang patah atau kecederaanligaman (sangkal putung).
  • Formula ini merangsang pengeluaran "endorphin" iaituhormon penahan sakit.
  • Formula ini menghapuskan kesan resah disebabkanpencemaran X-Ray dan pahanan elektrik.
  • 95% orang yang menderita pirai adalah lelaki.
  • Formula ini membantu membuang asid urik berlebihan.
  • Hilang selera makan bermulanya masalah kelemahantulang.
Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Colour Vibration Therapy untuk masalah atau simptom yang berkaitan dengan Tulang dan Saraf seperti osteopirisis, sakit sendi, patah, tulang terkehel, gaut, pirai, sakit mencucuk tulang tumit, leukemia, meningitis (serangan kuman di selaput otak) melalui air tulang belakang atau sebarang jenis penyakit, sila hubungi saya. Insya Allah kita ikhtiar dengan sedaya upaya;

Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Colour Vibration Therapy CVT

No 14 Lebuh Wira Jaya, Taman Rapat Setia Baru,
31350 Ipoh, Perak



hubungi_saya
Tel: 012-4008972

titian blog serumpun berkata...

Ringkasan Formula NW 1 hingga 20 dalam blog ini tentunya akan memberi banyak kemudahan kepada pelajar pelajar perubatan dan seangkatan dengannya...disini saya hanya menyelitkan sebuah berita untuk dijadikan iktibar kepada setiap pelajar perubatan atau calon calon perubatan dari masa kesemasa dalam menentukan pilihan mengejar ilmu dalam dunia perubatan.
____________________
berikut petikan dari akhbar
____________________

PUTRAJAYA 13 Dis. – Kementerian Pengajian Tinggi mendedahkan ramai pelajar perubatan persendirian yang ingin melanjutkan pelajaran di luar negara tanpa mengikut syarat kelayakan akademik diperdaya oleh ejen tempatan sehingga mengalami kerugian mencecah jutaan ringgit.Menterinya, Datuk Mustapa Mohamed berkata, dalam kes terbaru yang berlaku pada pertengahan Ogos lalu, seramai 40 pelajar ditipu oleh ejen terbabit dengan menjanjikan pengajian di KASTUBA Mastur, India tetapi terpaksa pulang ke tanah air kerana universiti itu sebenarnya tidak wujud.

Beliau memberitahu, proses penipuan yang dijalankan oleh ejen terbabit ialah dengan mengeluarkan iklan mengenai universiti itu, seterusnya memalsukan surat tawaran kemasukan dan mengenakan bayaran tinggi bagi perkhidmatan penginapan dan penempatan pelajar.

‘‘Lebih serius lagi, ejen terbabit turut menggunakan nombor rujukan kementerian dalam setiap dokumen urusan antara pihaknya dan pelajar dengan harapan mangsa akan mempercayai bahawa mereka dilantik oleh kerajaan.

‘‘Malah apa yang mengecewakan, pelajar terbabit juga tidak mengetahui sama ada universiti mereka itu wujud atau tidak kerana semua urusan permohonan hanya melalui ejen,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mustapa memberitahu, mengikut aduan yang diterima, kebanyakan pelajar terbabit merupakan pelajar yang tidak mendapat keputusan cemerlang iaitu purata nilai gred kumulatif (PNGK) mereka di bawah 3.5 tetapi dikatakan layak oleh ejen terbabit.

Menurutnya, mengikut peraturan Pusat Perubatan Malaysia (MMA), pelajar yang layak menyambung pelajaran dalam jurusan perubatan mesti mendapat PNGK 3.5 ke atas dan perlu mendapatkan Sijil Sokongan Luar Negara (SSLN) yang dikeluarkan oleh kerajaan.

‘‘Bagaimanapun, hampir keseluruhan pelajar yang menggunakan ejen terbabit tidak mendapatkan SSLN ekoran terlalu mempercayai ejen tanpa berurusan dengan pihak universiti yang dipohon,’’ tambahnya.

Beliau memberitahu, pada kebiasaannya kerajaan akan menghantar pelajar yang layak untuk mengikuti pengajian perubatan di Indonesia atau Rusia termasuk 344 universiti di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Menurut Mustapa, kebiasaannya ejen terbabit menjanjikan pengajian perubatan itu di India, Indonesia, Rusia, Ukraine dan Mesir.

zainuri berkata...

Smekom...
Bila Bangun pagi...tapak kaki rasa sakit terutama tumit...ini tanda penyakit ape Dr.. penyakit gaut mmg xde... kesan2 lebam di kawasan betis byk kelihatan... adakah ia tanda masalah darah... formula per yg sesuai.. terima kasih

DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

W'salam. Secara kasarnya simptom bersebut benar.

Bangun tidur, kaki rasa sakit = gout.

Kaki atau tangan ada tanda lebam - tekanan darah rendah.

Formula yang dicadangkan ialah NW15 untuk Pankreas kerana punca kadar urik asid tinggi. Simptom ini amat pertepatan pula dengan kawasan kawalan tekanan darah rendah iaitu Medulla Oblongata yang memerlukan formula NW8.

Untuk mendapatkan rawatan, sesi diagnos atau analisa perlu dijalankan supaya rawatan menjadi lebih tepat.

Madi berkata...

Salam Dr Ariffaizal, Saya ingin bertanya kepada dr mengenai spinal cord injury. Setahu saya kecederaan ini blom ade vaksin untuk kesembuhannya dalam perubatan moden sekarang. Jadi boleh tak dr jelaskan secara ringkas tentang kecederaan ini dan cara untuk kesembuhannya kerana saya yakin dengan sabda Rasullullah (saw)-Setiap penyakit ada ubatnya kecuali al sum. (Kalau saya tersilap tentang hadis ini tolong perbetulkan saya). Semua yang baik itu dari Allah dan yang salah dan silap itu dari kelemahan diri saya sendiri. Sekian terima kasih.

springhill berkata...

salam,

Saya mengalami sakit sendi pergelangan tangan,semua jari2 tangan dan kaki dan pergelangan kaki sejak setahun yng lalu.Pada mula saya suspek denggi/chikugunya dan saya telah di masukkan ke wad selama beberapa hari.Mengikut doktor yg merawat within few month insyallah semua will be ok.Masalahnya until now,tak ok,makin teruk terutama selepas bangun tidur.Seeking you advise ..wasalam ali

DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Waalaikum salam, En. Ali.

Kemungkinan saudara mengalami urik asid dan masalah kereputan tulang atau simptom atritis.

Tulang mudah menjadi lemah apabila menerima mineral berat yang boleh mengeluarkan jisim tulang dan menyebabkan diisi oleh urik asid. Akibatnya, tulang kekuarnagan kalsium atau jisim asalnya dan ditempelkan oleh urik asid.

Bahan yang menyebabkan jisim tulang berkurang ialah makanan yang berkoko seperti milo, vico, coklat dan sebagainya. Dengan mengurangkan makanan berkoko, masalah ini dapat diredakan, insya Allah.

Masalah ini boleh dirawat sepenuhnya dalam tempoh yang singkat atau secara berperingkat peringkat, insya Allah.

Halakan kunsur mouse anda di sini untuk meninggalkan komen. Sila tunggu sehingga kotak komen muncul

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Colour Vibration Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Colour Vibration Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Colour Vibration Therapy
No 14 Lebuh Wira Jaya, Taman Rapat Setia Baru, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 012-4008972
Tel: 012-4008972 (HP) 05-3115859 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Sila klik logo di bawah untuk Maybank2u

Akaun Maybank 158127011381
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)